Asalamualaikum.
Cinta dan perhubungan memerlukan komitmen kedua-dua belah pihak. Jika salah seorang tidak dapat memberikan sepenuh komitmen, akibatnya pincanglah sesebuah hubungan itu. Hey, jangan menyalahkan cinta kerana cinta itu buta. Sebenarnya, kamu berdua yang buta kerana tidak dapat menilai kesucian sesebuah cinta. Ada juga pasangan yang sudah lama bercinta tapi kecundang di tengah jalan. Penat bercinta, akhirnya si dia bukan untuk kamu. Mari bongkar rahsia untuk tahu jika si dia tidak sesuai untuk kamu lagi.
PERTENGKARAN YANG KERAP
Pertengkaran biasa berlaku di dalam sesebuah perhubungan. Gaduhgaduh manja ini juga mungkin boleh mengeratkan hubungan kamu dengan si dia. Pertengkaran boleh menyebabkan kamu lebih ' mengenali ' si dia. Tetapi, awas jika disebabkan perkara kecil juga, kamu boleh bertengkar. Kamu perlu berhatihati jika si dia mula angkat tangan. Mengapa mesti kerap bertengkar jika ada perasaan cinta. Pasti ada yang tak kena dengan keduadua belah pihak. Jika masingmasing tidak tahan beterusan begini, apakan daya kamu lagi. Yakinkan diri kamu bahawa dia bukan yang terbaik buat kamu.
KOMUNIKASI SEMAKIN BERKURANG
Jika kuat bertengkar boleh memudaratkan hubungan kamu, tidak bercakap dan lebih banyak berdiam diri juga petanda bahawa si dia bukan lagi untuk kamu. Apabila si dia semakin kurang menelefon, kerap mengelak untuk berjumpa itu adalah ' tanda tanda awal ' si dia tidak mahu memberikan komitmen. Ia boleh menyebabkan kamu makan hati serta perasaan cinta itu semakin lenyap. Tahukah kamu pentingnya komunikasi di dalam sesebuah hubungan. Jika keadaan ini berlarutan, sudah sampai masanya ia perlu diakhiri. Kamu tidak perlu bercinta dengan ' tunggul '.
PERUBAHAN KETARA KEPERIBADIAN SI DIA
Kamu tentu tahu bagaimana peribadi serta personaliti si dia. Tetapi, jika si dia semakin berubah tanpa kamu ketahui apa sebabnya, tentu ada yang tidak kena. Lihatlah dirinya sekarang, adakah dia semakin tidak menghiraukan kamu? Perubahan ini mungkin dianggap negatif bagi kamu, tetapi tidak bagi di dia. Si dia mungkin berfikir, ini perubahan ke arah yang lebih positif. Tumpuan yang ke arah kerja dan dirinya sehingga mengabaikan diri kamu akan membuatkan kamu selalu berkecil hati. Apabila hati sudah lama bertahan dan tidak dapat lagi memahami perubahan si dia, jangan sakiti hati kamu lagi.
SI DIA TUKANG PENGKRITIK TETAP
Ini tidak boleh, itu tidak boleh, ini tidak suka, itu tidak sesuai, jadi apa lagi yang tinggal? Adakah kamu menjadi diri kamu yang sebenar apabila bersama si dia? Si dia terlalu suka mengkritik penampilan, gaya serta peribadi kamu. Jika kritik hal kecil, tidak mengapa. Tetapi jika terlalu melampau sehingga kamu perlu mengikut kata si dia sahaja, adakah ini yang kamu mahu dalam sesebuah perhubungan. Hey, get a life girls! Kamu punya hidup sendiri dan tidak perlu di tentukan oleh orang lain. Si dia patut menerima kamu seadanya daripada terus kritik, kritik dan mengkritik!
SUDAH TIDAK MENARIK
Di awal perhubungan, tentu semuanya cantik, menarik dan tertarik. Namun jika kalian tidak dijaga dan dibajai, ia akan menjadi hambar. Masalah bosan sering kali melanda pasangan yang berkasih. Kamu boleh kesan masalah ini apabila si dia tidak lagi menunjukkan minat terhadap kamu. Gaya percakapan, gerak badan semua boleh dinilai. Minat dan cinta perlu dipupuk agar semakin kuat setiap hari. Jika si dia mula tidak tertarik kepada kamu, awas kerana ia mungkin petanda orang lain bakal bertakhta di hatinya.
Love, nana
No comments:
Post a Comment