Asalamualaikum.
Pasti ada diantara korang yang tertanyatanya mengapa sering kali dipertemukan dengan lelaki yang salah? Malah lebih menyakitkan hati lagi yang datang semuanya layak digelar buaya dan lelaki mata keranjang. Sedangkan korang betulbetul tulus untuk memberikan cinta serta mengharapkan hubungan terjalin hingga ke tahap yang serius.
Jangan hanya mencari kesalahan orang lain sebaliknya cubalah kaji kekurangan diri sendiri. Mungkin ini mampu mengubah keadaan? Sape tahu kan. Berikut 5 perkara yang harus kamu perbetulkan. Jom semak!
. TERLALU TERDESAK .
Hidup korang tidak pernah berhenti dari memikirkan soal cinta. Tambahan lagi apabila korang melihat temanteman lain begitu bahagia bersama pasangan masingmasing. Terdetiklah rasa cemburu dan akhirnya korang dengan mudah membuka ruang dan peluang kepada sesape saja yang hadir. Tambahan lagi apabila ada yang panggil korang dengan panggilan'sayang'. Hati korang mulalah kan berbungabunga. Tanpa fikir panjang korang pun terus terima dia sebagai kekasih. Hatihati ya! Katakata memang mudah diucapkan tetapi bila terlalu mudah berkatakata ia jadi tidak akan bernilai lagi.
. TERLALU SUNYI .
Korang terlalu sunyi hinggakan hampir seharian masa korang habiskan seorang diri. Bukan itu sahaja korang juga kurang berkawan dan habiskan masa bersama keluarga. Situasi sebeginilah yang membuatkan korang mudah didekati lelakilelaki yang tak bertanggungjawab. Lelakilelaki sebegini memang gemar menghimpit gadisgadis yang suka bersendirian kerana mudah untuk dirayu. Tak ada gunanya korang terus menyediri. Hidup ini luas dan penuh dengan keseronokan maka kecapilah ianya dengan sepenuhnya.
. BUAT-BUAT JUAL MAHAL .
Korang selalu cakap yang korang ada prinsip dan tak akan sesakali membenarkan sesape pun menyakiti hati korang. Namun itu hanya di mulut sahaja tetapi hakikatnya tidak! Korang mengatakan sedemikian kerana ego korang. Korang nak orang lain melihat korang ni kononnya baguslah. Oleh kerana tu lah lelaki cuba mendekati korang, pada dasarnya korang nampak jual mahal tapi sebenarnya tidak. Malah korang buka seluasluasnya peluang pada lelaki yang datang untuk mendekati korang. Jangan sangka lelaki tidak tahu kerana lelaki memang sudah arif menilai mane perempuan yang benarbenar jual mahal atau yang buatbuat jual mahal.
. GAYA SEPERTI MENGGODA .
Ada kalanya korang tak sedar gaya serta jelingan korang yang membuatkan lelakilelaki buaya terpanggil untuk mendekati korang. Seperti yang korang sedia maklum, lelakilelaki buaya memang tak akan melepaskan peluang yang ada kat depan mata dorang. Nampak sahaja ada sedikit respon pasti digunakan sebaiknya. Oleh tu, jagalah penampilan korang serta mata apabila memandang seseorang. Mungkin niat korang bukan untuk menggoda tetapi niat tu tak boleh dibace oleh lelaki buaya. Bagi mereka peluang yang datang bergolek tidak akan sesekali disiasiakan.
. TERLALU INGIN MENUNJUK .
Korang terlalu bercitacita tinggi dan mengimpikan kekasih yang hebat supaya orang lain memuji serta kagum dengan keupayaan korang memiliki kekasih yang sempurna. Faktor inilah yang kalanya boleh merosakkan masa depan korang. Asal datang saja lelaki kaya, korang terus akan menerimanya tanpa menyiasat dahulu statusnya. Tidak salah mengimpikan kesenangan namun jangan terlalu mengharapkan kesenangan itu datang dari pasangan korang. Carilah kesenangan sendiri supaya ianya berkekalan dan orang akan terus kagum dengan korang kerana usaha yang datang dari korang sendiri.
So sekarang korang boleh kaji diri korang sendiri sama ada betul atau tak. Korang sendiri yang mampu mengubah segalanya. Bye.
Love, nana
emmm..
ReplyDeletetakot nye kalo tjumpa lelaki yg salah kn :(